Kakmek @ Masitah

Assalamualaikum..

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: urutkakmekspa.blogspot.com


Rawatan Kakmek Spa :-

1) Urut Badan Tradisional - RM50.00/jam (Lelaki/wanita)

2) Urut Slimming - RM60.00/jam

3) Urut Bersalin - RM80.00 (Urut,Tungku batu panas, bengkung)

4) Facial, Mandi Wap herba, Tanggas Batu DLL.

BERTANGAS

Rawatan dan fungsi berpantang selepas bersalin - Bertangas



Bertangas bertujuan untuk mempercepatkan proses
penymbuhan luka dan jahitan.  Ia juga mampu
mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim
 serta otot-otot yang kembang semasa proses
mengandung dan bersalin.  Ia juga bagi
mengelakkan prolapse ( keluar tombong).

Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas
 adalah seperti asam gelugur, garam jantan,
daun sirih, daun inai, halia dan biji manjakani.
Bahan-bahan tersebut hendaklah direbus
bersama air sehingga mendidih.  Lakukanlah proses bertangas ini
 selama lebih kurang 20 minit.  Untuk mendapatkan kesan kebaikan
yang maksimum, lakukanlah bertangas ini selang dua atau tiga hari
sehinggalah habis tempoh berpantang iaitu tempoh berpantang 44 hari.
 Air rebusanyang telah sejuk jangan dibuang.  Gunakan ia sebagai
 air pencuci ( bercebok).

CARA BERTANGAS
1) Tangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus 
didalam periuk dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah
 tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai kain sarung tangas 
dan bertangas terus

2) Tangas kering pula menggunakan batu sungai yang telah dibekalkan.
 Panaskan batu sungai kira kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu 
yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukan dalam bangku
 tangas, pakai kain sarong tangas dan ketika hendak melakukan sesi 
bertangas taburlah ramuan tangas keatas batu panas tadi dan sertamerta 
asap herba akan keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut. 
Ketika duduk diatas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar 
lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke sistem 
peranakan. sesi ini dilakukan dalam 15 minit ke 20 minit iaitu sehingga 
hilang panasnya. Masa15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk 
melengkapkan .



TANGAS INI DI GUNAKAN BERULANG-ULANG SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG.

No comments:

Post a Comment