Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

FUNGSI TAPAK KAKI

AMARAN AWAL MASALAH PERANAKAN JATUH BERMULA DARI SINI...

Lihat dimana kedudukkan titik reflexology bahagian anggota badan kita seperti Rahim, Mata, Usus, Ginjal,Perut, Hidung dan lain lain.

Titik Reflexology nya di bawah telapak kaki kita...so ALERT lah seandai nya kita merasa SAKIT di bahagian telapak kaki ini...kebiasaan akan sakit di bahagian tumit ( masalah rahim ) dan sakit di tengah ke tepi ( masalah usus ).

ADA TAK KAWAN-KAWAN YANG PUNYA MASALAH KESIHATAN WANITA SEPERTI INI.


1> Sakit Tumit @ Telapak Kaki
2> Sakit ari-ari - sakit menekan ke bawah perut
3> Sakit Ketika Hubungan Intim - kering atau melecet
4> Sakit Pinggang hingga ke pangkal peha
5> Bawah sentiasa basah dan berair - rahim kembang
6> Kentut ^V^ - keluar angin melalui "tut"
7> Kerap atau tidak lawas kencing - selalu jd kencing kotor
8> Keputihan berbau
9> Sering kembung perut

Tanda - tanda peranakan telah lemah atau jatuh:

Kalau tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan terjadi TOMBONG (Iaitu rahim atau peranakan yang terjulur keluar melalui saluran faraj)

Kalau dah keluar banyak, sukar untuk di sumbat semula. Awas lah yer...Boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira yang sudah berkahwin atau masih anak dara..



PETUA CEPAT DAPAT ANAK

PETUA CEPAT DAPAT ANAK
heart emoticon

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

Begini petuanya :

~ Ambil segenggam kacang hijau.
~ Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
~ Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
~ Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
~ Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
~ Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
~ Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepatkan menimang cahaya mata. Sekian

KEGUGURAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Keguguran sekali pada seorang wanita boleh dianggap biasa . Seperti pokok berbuah buat kali pertama banyak putiknya luruh tidak jadi buah. ' Buang buruk'.
Sebahagian besar keguguran berlaku pada trimaster pertama atau tiga bulan pertama.
Lebih 50% dari keguguran awal tersebut disebabkan cacat keromosom atau baka yang berlaku ketika percantuman benih lelaki dan telor isteri. Tidak semestinya akan berulang lagi.
Apakah faktor2 lain yang boleh menyebabkan gugur

Mencegah keguguran

Bagi kebanyakan orang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah.
Lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama. Keguguran berlaku sekali  pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus di berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda. Saya mempunyai pesakit yang telah hamper 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan. Bayangkan kesannya terhadap emosinya, trauma yang amat terok.

Mengurus masalah keguguran.

Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran. Ada kala  saya dapat mengenal pasti punca-merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin  terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati bahawa kadar kejayaan saya dalam merawat keadaan ini telah meningkat dengan ketara, dan saya cuba untuk menganalisis sebab di sebalik kejayaan ini
Saya gunakan beberapa pendekatan rawatan  saintifik.  Jika saya mengesan sebarang penyakit dalam rahim atau ovari, seperti endometriosis dengan rahim retroverted, fibroid, ovari polisistik,rawatan secara pembedahan akan jadi pilihan.
Beberapa jenis jangkitan kuman iaitu TORCHES - Toxoplasmosis, rubella, CMV virus,herpes simples dan syphillis adalah dikaitakn dengan kejadian keguguran yang berulang2. Rawatan sewajar dengan antibiotik dan supplement untuk meningkatkan immunity/ketahanan badan perlu dilaksanakan.

Lain-lain terapi tertumpu pada meningkatkan imuniti pesakit dengan memberikan beberapa penggalak imun dan supplemen tambahan serta antioxidant.
Saya percaya bahawa salah satu faktor dia menyebabkan keguguran ialah immunty/ketahanan yang rendah dan toksin berlebihan di dalam tubuh, Langkah2 memberikan antioksidan dan vitamin C, E dos tinggi akan dapat membantu.

Kaedah lain terapi memperbaiki persekitaran pesakit dengan tujuan mengurangkan tekanan fizikal dan mental khususnya ditempat kerja, mengurangkan pendedahan kepada toksin luaran, bahan kimia pencemar dan berbahaya.

Cuba ikuti langkah-langkah:

1. Jumpa pakar bidan anda dengan seberapa segera . apabila  anda terlambat datang haid , buat ujian kencing untuk mengesahkan  kehamilan. Rawatan olih pakar dari peringkat awal kehamilan sangat penting.

2. Menahan diri daripada hubungan  seksual sehingga mendapat nasihat daripada doctor anda. Dalam peringkat 3 bulan pertama kehamilan, hubungan seks bolih mencetuskan kuncupan atau kontraksi rahim ekoran dari orgasma dan juga kesan dari air mani. Sebaiknya dijauhkan atau dibuang air mani diluar dengan guna kondom.

3. Hormon sokongan - salah satu faktor yang menyebabkan awal keguguran ialah kekurangan progesteron . Saya biasanya memberi pesakit yang berulang kali gugur, hormon progesteron dalam bentuk suntikan (proluton) atau tablet saperti duphaston atau gestanin dalam 3 bulan pertama kehamilan. Hormon progesterone bolih kuatkan kandongan dan mentenangkan rahim dengan mencegah kuncupan rahim

4. Saya memberi multivitamin saperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari.

5. Penggalak imun -Jintan Hitam (habbatus Sauda), antioksidan yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran, saya juga beri Livovid iaitu sijenis supplement untuk membersihkan 'toxins dalam badan.

6. Bagi orang-orang yang gemuk dan mempunyai PCOS Saya akan beri mereka Metformin 500mg. Kurangkan karbohidrat dan gula. Penting kawal makanan dengan menjauhkan fast dan junk . foods. Lebihkan makan sayur2 dan buah2 , buat juz buah dan salad.

7. Rehat adalah amat penting. Kurangkan aktiviti2 fizikal dan mental. Jauhkan kerunsingan. Berehat sebanyak2, jika perlu masuk hospital untuk berehat di atas katil, sekurang-kurangnya tinggal di rumah. Doktor bolih beri cuti medical untuk tempoh pendek dan pesakit munkin perlu cuti tanpa gaji untuk tempoh jangka panjang.

8. Jauhkan   racun serangga  atau semburan pewangi atau  kimia. Gunakan make up yang diperbuat dari bahan organik. Sapukan kulit dengan losyen yang berasaskan  minyak zaiton atau kelapa dara

9. Kurangkan Caffein dan juga teh, mengapa tidak mencuba air kelapa dan juz buah2 tempatan yang lain.

10. Jika rahim anda retroverted (kearah belakang) .Baring menyiarap dan alasan bawah perut dua bantal saperti separuh sujud untuk merehatkan rahim.
Luangkan 10-15 minit pada kedudukan itu pada kira-kira 10-11 pagi.dan pukul 3-4 petang dan setengah jam sebelum tidur.
Selepas 3 bulan kehamilan rahim akan keluar dari rongga tulang ponggong dan tidak lagi terancam gugur.

11 Akhirnya - banyak relaksasi, dan untuk umat Islam perbanyakkan baca quran, zikir dan doa. Positif dalam pemikiran, menghilangkan segala bentuk pemikiran negatif.

BERSALIN


Rahim ibu yang sedang mengandung akan mengembang 500 kali lipat dari ukuran normal untuk menampung kandungannya. Darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. Ini sama dengan setengah liter. Badan manusia hanya mampu menanggung rasa sakit hingga 45 Del. Tetapi selama bersalin ibu akan mengalami hingga 57 Del, sama dengan rasa sakit akibat 20 tulang yang patah bersamaan. Ibu bersalin akan mendapat pahala yang sama besarnya dengana 70 tahun shalat dan puasa. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkan bagi Ibu yang melahirkan pahala menunaikan haji. Apabila seseorang perempuan merasakan sakit kerana akan melahirkan, maka Allah s.w.t. mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa dari dirinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.