Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

BETIK


Khasiat Pucuk Betik

A. Pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan anda. Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah. 

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-

1. Bersih pucuk betik/daun
2. Keratkan sepanjang 1 sentimeter
3. Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
4. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

B. Pucuk betik yang telah diasingkan, rebus sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Seterusnya, buangkan airnya dan anda boleh goreng dengan ikan bilis/masin untuk dijadikan 




Biji betik yang telah masak, boleh diambil lebih kurang 2 sudu besar dan kemudian dijemur sehingga kering. Goreng tanpa minyak hingga hangus, tumbuk dan campurkan dengan minyak kelapa. Campuran tersebut bolehlah disapukan pada rambut setiap kali anda hendak tidur.


PERIA

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN UNTUK RAWATAN TRADISIOANAL


a. Merawat Diabetes - Minum perahan 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dicampur ke dalam makanan dan ia juga boleh dijadikan air rebusan atau serbuk. 

b. Buasir - Campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama kira-kira sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir. 

c. Darah Kotor (bisul, kudis buta dan gatal) - Campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Amalkan meminum sedikit demi sedikit selama 4 hingga 6 bulan. 

d. Ketagihan Alkohol - Minum air daun peria dan ia juga dipercayai boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.