Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

BERTUNGKU


Rawatan dan fungsi - Bertungku

Berpantang selepas bersalin adalah satu proses
 pemulihan yang amat penting bagi wanita yang
baru melahirkan anak.  Masyarakat Melayu biasa
mengamalkan berpantang samada 44 hari atau
100 hari.  Rawatan pemulihan yang biasa dilakukan
semasa berpantang yang sering diamalkan oleh
 masyarakat Melayu sejak turun temurun adalah
 seperti bertungku, berurut, bertangas, mandi air
daun kayu herba, berpilis, memakai bengkung,
 minum air akar kayu dan jamu serta berpantang
dari segi makan dan minum.  Dibawah ini saya
sertakan fungsi dan kelebihan proses-proses
 berpantang tersebut.

Bertungku
  • Bertungku mampu menghangatkan
  •  badan si ibu, membuang angin, 
  • mengecutkan urat yang kembang 
  • selepas bersalin di samping
  •  memperbetulkan serta melancarkan 
  • perjalanan darah.  Biasanya darah 
  • nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
  • Amalan ini boleh diteruskan hingga habis tempoh berpantang. 
  •  Kesan panas pada tungku mampu merawat bahagian badan 
  • semasa proses bertungku.
  • Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku 
  • ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal peha, 
  • berhampiran ari-ari/bawah pusat, diatas perut
  •  (bawah buah dada) serta tumit.
  • Balutkan tungku dengan daun herba seperti mengkudu atau 
  • daun sirih untuk kesan yang lebih baik.

    BERTANGAS

    Rawatan dan fungsi berpantang selepas bersalin - Bertangas



    Bertangas bertujuan untuk mempercepatkan proses
    penymbuhan luka dan jahitan.  Ia juga mampu
    mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim
     serta otot-otot yang kembang semasa proses
    mengandung dan bersalin.  Ia juga bagi
    mengelakkan prolapse ( keluar tombong).

    Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas
     adalah seperti asam gelugur, garam jantan,
    daun sirih, daun inai, halia dan biji manjakani.
    Bahan-bahan tersebut hendaklah direbus
    bersama air sehingga mendidih.  Lakukanlah proses bertangas ini
     selama lebih kurang 20 minit.  Untuk mendapatkan kesan kebaikan
    yang maksimum, lakukanlah bertangas ini selang dua atau tiga hari
    sehinggalah habis tempoh berpantang iaitu tempoh berpantang 44 hari.
     Air rebusanyang telah sejuk jangan dibuang.  Gunakan ia sebagai
     air pencuci ( bercebok).

    CARA BERTANGAS
    1) Tangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus 
    didalam periuk dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah
     tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai kain sarung tangas 
    dan bertangas terus

    2) Tangas kering pula menggunakan batu sungai yang telah dibekalkan.
     Panaskan batu sungai kira kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu 
    yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukan dalam bangku
     tangas, pakai kain sarong tangas dan ketika hendak melakukan sesi 
    bertangas taburlah ramuan tangas keatas batu panas tadi dan sertamerta 
    asap herba akan keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut. 
    Ketika duduk diatas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar 
    lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke sistem 
    peranakan. sesi ini dilakukan dalam 15 minit ke 20 minit iaitu sehingga 
    hilang panasnya. Masa15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk 
    melengkapkan .



    TANGAS INI DI GUNAKAN BERULANG-ULANG SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG.

    DAUN INAI

    Khasiat Daun Inai
    Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
    • Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
    • Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
    • Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.
    • Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
    • Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
    • Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
    • Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

    STRUKTUR URAT SARAF


     DIFAHAMI PUNCA PENYAKIT DARI PERUT DAN KEMUDIAN SIMPAN DI KAKI. DARI KAKI KITA DAPT MENGESAN PELBGAI PENYAKIT.


    PENYAKIT KAYAP

    Petua..merawat penyakit kulit....kayap.



    Antik Gel sangat baik digunakan untuk merawat kayap dan penyakit kulit kerana ia diperbiat dari buah pinang muda
    Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

    Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian sapukan dibahagian badan yang ada kayap. Lakukan 2 kali sehari. Insya Allah kayap akan sembuh dalam beberapa hari.

    Lazimnya ruan kayap ular ini bermula dari tengah belakang badan dan merebak ke bahagian dada. Ada juga kayap ini menyerang bahagian dada sahaja. Kayap ular ini akan menerang uratsaraf 'rasa' di bahagian mata. sekiranya ia tidak dirawat ketika peringkat awal lagi. Sekiranya berlaku pesakit akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuh ruam di bahagian dahi dan di bahagia tepi mata.
    Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

    Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan measakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan=bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar 'Post -Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberikan lazimnya kurang berkesan. Sebelum seorang pakar dapat merawat kayap ular ini dia harus benar-benar mengentahui secara  mendalam berkaitan penyakit ini.

    Pada hakikatnya rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat bakteria. Rawatanny mudah pesakit akan diberikan sejenis pil untu makan. Sementara itu ubat sapu yang berbentuk cream atau cecair untuk disapukan keatas kulit yang menghidap penyakit ini. Tujuannya untuk memudahkan rawatan dan mengurangkan kesakitan dan rasa gatal-gatal disamping membenatu mengeringkan kulit yang melecur.

    Selain kayap ulas ada beberapa jenis lagi kayap seperti: -

    1) Kayap Api
    2) Kayap Tompok
    3) Kayap Seledar
    4) Kayap Harimau
    5) Kayap bersambong - Boleh menyebabkan maut sekirannya lewat mendapat rawatan

    Apakah tanda-tanda terkena penyakit ini ?

    Apabila virus kayap dijangkiti pada badan, mangsa akan merasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pasakit akan dijangkiti gelembung-gelembung air pada bahagian tertentu badan. Bagaimanapunkayap ular ini juga boleh menyerang sesorang tanpa sebab. Kuman kayap ular ini akan menyerang uratsaraf dan kerana itu pesakit akan badan rasa sakit dan bisa.

    Bagaimana merawatnya?

    Petua 1
    menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuh hancur kemudian ambil air daunnya serta air perahannya ditekpakan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman,

    Petua 2 (Untuk Kayap Setompok)
    Gunakan daun delima dimbuk lumat + dedak sejuk (tanpam pewangi) Sapu n@ tambal di tempat kayap. Insy Allah 2 - 3 hari ia akan sembuh. Walaubagaimanpun makanan hendaklah dijaga perlu berpantang sedikit terutama makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah. Parutnya jangan diku[il untuk mengelalkan jangkitan merebak.

    Petua 3
    Pucuk delima, pucuk daun setawar, pucuk daun bunga melor, pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuh atau di blender dan dimcpukan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada tempat kayap tersebut. Tampal 2 - 3 jam sekali. Lakukan setiap hari hingga sembuh.

    Petua 4
    Gunakan akan rumput kerbau, basuh dan celup pada tempat yang kena kayap

    Petua 5

    Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

    Petua
     Ambil sebatang pokok keladi cantik atau nama lainnya keladi merbah, seterusnya keluarkan air dari batang pokok keladi dan sapukan kepada bahagian badan yang dijangkiti penyakit kayap. Insya Allah besoknya boleh sembuh.

    Perhatian!
    Kepada penghidap penyakit kayap hendaklah berpantang makan seperti makanan yang mengandungi minyak, buah2an yang boleh memberi mudarat spt makan seefood, telor dan aayam. Ada yang memaklum kita kita tidak boleh mendengar orang menggoreng atau pesakit sendiri yang menggoreng. Tidak boleh menggunakan sabun. Sayurran dan buah-buahan pantangnya serti orang bersalin.

    MAS COTEK

    MAS COTEK

    MENGECUTKAN DAN MEMBETULKAN RAHIM
    SELEPAS BERSALIN, PARU-PARU BERAIR SERTA BOLEH
    JUGA MENGUBATI KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI