Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

CUCUR UDANG @ PASEMBOR


CUCUR UDANG / PASEMBOR

  • BAHAN CUCUR UDANG:
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 cawan tauge
  • 1/2 cawan udang geragau/udang popeye kering atau udang basah kecil
  • 1/4 yis mauripan - dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 s t baking powder
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Satukan kesemua bahan, gaul rata, pastikan adunan tidak terlalu lembek atau terlalu keras, adunan seperti cucur (jemput2), goreng adunan sedikit2 sehingga habis adunan, goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN KUAH:
  • 250 gm kacang tanah - disangai, dibuang kulit dan ditumbuk
  • 750 gm keledek - direbus, dibuang kulit dan dilecek
  • 10 s/b serbuk cili atau cili kisar
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 100 gm gula pasir
  • 300 gm gula merah
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1/2 botol sos tomato
  • 100 gm bijan - disangai tanpa minyak
  • Sedikit bawang goreng
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Bancuhan air tepung jagung (jika kuah cair)
CARA-CARANYA:
  • Satukan keledek, pes cili, bawang putih, halia yang telah ditumbuk, air secukupnya, gula pasir dan gula merah, letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, masukkan pula air asam jawa, sos tomato, kacang tanah yang telah ditumbuk, bijan, perasa dan garam secukup rasa, gaul rata dan biarkan menggelegak dan kuah pekat, taburkan sedikit bawang goreng, gaul rata dan bolehlah ditutup apinya.

DIET SIHAT - NASI KERABU



NASI KERABU

Bahan-bahan untuk Nasi:
Beras (terpulang pada individu)
Pewarna (terpulang kuning/biru/biasa)
Bunga Kantan (di belah empat)
2 batang Serai (di belah dua)
2 helai Daun Pandan
Cara-caranya:
1) Masak nasi macam biasa dan bubuh pewarna serta daun2 di atas.
Bahan-bahan untuk Tumis:
1/2 biji bawang
2 ulas bawang putih
1@ 2 batang serai - dititik
1@ 2 sudu besar cili kisar
1 peket santan
sedikit gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga kekuningan kemudian
 masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
2. Apabila garing masukkan santan dan kacau hingga mendidih kemudian 
masukkan gula melaka, garam dan gula.

Bahan-bahan untuk Sambal Kelapa:-
1/2 pkt kelapa kering (kalau ada kelapa basah lagi sedap) - di goreng tanpa minyak
 separuh masak
1 ekor ikan terpulang kembung @ tenggiri - dibakar dan isinya di ambil
Sedikit bawang besar - di tumbuk
1 ulas bawang putih - di tumbuk
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 batang serai - di hiris
1 batang bunga kantan - di hiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1) Tumbuk bawang besar, bawang putih, lada hitam, kelapa yang di goreng
 dan juga ikan.
2) Kemudian letakkan di atas kuali goreng tanpa minyak sekali lagi hingga 
warna kekuning-kuningan.
3) Kemudian masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama serai dan bunga
 kantan yang di hiris tadi dan masukkan garam dan gula.

Bahan-bahan untuk Sambal cili:
5 biji lada hijau - di kisar
5 biji lada merah - di kisar
1 ulas bawang putih - di bakar
1@ 2 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
Resepi ikan goreng:
Sedikit kapur
Kunyit/ pewarna kuning
sebiji telor
tepung beras
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Pecahkan telor dan pukul sedikit telor tersebut, masukkan kunyit, garam dan
 kapur makan sebatikan kemudian masukkan tepung beras dan sedikit air.
2) Kacau sebati jangan terlalu cair kemudian celupkan ikan dan goreng.


TAT KEJU BLUEBERRY

Bahan Pastri:

300 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
180 gm gula aising
1 biji telur
Bahan-bahan Inti Keju:
250 gm keju krim
40 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
3 sudu besar krim putar (jika suka)
250 gm blueberry dalam tin
Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising.
2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi.
5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh.
8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi.
9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk.