Kakmek @ Masitah

Assalamualaikum..

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: urutkakmekspa.blogspot.com


Rawatan Kakmek Spa :-

1) Urut Badan Tradisional - RM50.00/jam (Lelaki/wanita)

2) Urut Slimming - RM60.00/jam

3) Urut Bersalin - RM80.00 (Urut,Tungku batu panas, bengkung)

4) Facial, Mandi Wap herba, Tanggas Batu DLL.

URUT BERSALIN DAN PENJAGAAN PANTANG

Assalamualaikum..


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Talipon No: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, 

1.   PAKEJ URUT BERSALIN

1.1    Urut, Bertungku, Bengkung  -

             a.   RM240 - 3 hari 
              b.   RM550  -  7 kali 

1.2       Urut, bertungku, Bengkung, mandian ibu dan mandikan bayi  - rm110
               

2. PAKEJ PENJAGAAN IBU DAN ANAK SEMASA BERPANTANG

2.1.  Pakej 1 Minggu (RM1000) 4 jam sehari

• Mandi Herba setiap hari
• Urut Bersalin 7 kali
• Bertungku, Pilis , Param dan Tapel setiap hari
• Ikat Bengkung setiap hari (kain bengkung disediakan oleh pelanggan)
• Mandi Lulur (Scrub badan)  1 kali
• Mandi Bayi setiap hari
• Urut Bayi setiap hari
• Memasak Untuk Ibu Bersalin setiap hari
• Mencuci Pakaian Ibudan Bayi setiap hari
Pilis , Param dan Tapel

2.2 Pakej 7 HARI  - RM1350
(8 JAM SEHARI)

  • URUT BERSALIN 7X
  • BERTUNGKU SETIAP HARI
  • MANDIKAN BAYI DAN URUT   SETIAP HARI
  • IKAT BENGKUNG DAN UBATAN BERKAITAN -  SETIAP HARI
  • MEMASAK UNTUK IBU BERSALIN  SETIAP HARI 
  • MEMBERSIHKAN PAKAIAN IBU DAN ANAK  SETIAP HARI 
  • MENJAGA ANAK 
  • PERCUMA SCRUB BADAN
  • PAKEJ INI TIDAK TERMASUK CAJ PENGANGKUTAN

3.  PAKEJ PENJAGAAN 10 HARI RM1550.00 - 8 JAM 

  • BERTUNGKU SETIAP HARI
  • URUT 7 SETIAP HARI
  • MANDIKAN BAYI DAN URUT  SETIAP HARI 
  • SEDIAKAN MANDIAN IBU SETIAP HARI 
  • IKAT BENGKUNG DAN UBATAN BERKAITAN - SETIAP HARI
  • MEMASAK UNTUK IBU BERSALIN SETIAP HARI
  • MEMBERSIHKAN PAKAIAN IBU DAN ANAK  SETIAP HARI
  • MENJAGA  ANAK - SETIAP HARI
  • PERCUMA SCRUB BADAN
  •  # PAKEJ INI TIDAK TERMASUK CAJ PENGANGKUTAN

4. PAKEJ PENJAGAAN - 2 MINGGU  - RM2100
(TINGGAL BERSAMA PELANGGAN)
  • URUT BERSALIN 7X
  • BERTUNGKU SETIAP HARI
  • MANDIKAN BAYI DAN URUT  SETIAP HARI
  • IKAT BENGKUNG DAN UBATAN BERKAITAN -SETIAP HARI
  • MEMASAK UNTUK IBU BERSALIN SETIAP HARI 
  • MEMBERSIHKAN PAKAIAN IBU DAN ANAK SETIAP HARI
  • MENJAGA ANAK SETIAP HARIl
  • PERCUMA SCRUB BADAN 2 X
  • PAKEJ INI TIDAK TERMASUK CAJ PENGANGKUTAN

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst



BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

KENAPA BERLAKUNYA BAYI SONGSANG ?

KENAPA BERLAKUNYA BAYI SONGSANG ?

Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:

• Kehamilan kembar.

• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.

• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.

• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.

• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.

• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).

3 Gerakan ubah kedudukan

Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu. Antaranya:

1 Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2 Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan.

Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34, kedudukannya adalah normal. Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.
Photo: KENAPA BERLAKUNYA BAYI SONGSANG ?

Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:

• Kehamilan kembar.

• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.

• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.

• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.

• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.

• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).

3 Gerakan ubah kedudukan

Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu. Antaranya:

1 Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2 Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan.

Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34, kedudukannya adalah normal. Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.

**Rawatan terbaik bagi mengembalikan kedudukan bayi ke posisi asal dengan pengambilan MKD As-Syifa'. 

Anda boleh klik sini < www.minyakkelapadara.com > untuk info lengkap .

**************

Sila Like Page Kami >> www.facebook.com/minyakkelapadaradotcom untuk tidak terlepas info-info penting

**************

Klik link ni utk lihat testimoni >> http://bit.ly/testimonimkdassyifa <<

**************

Di samping khasiatnya, minyak kelapa dara ini disyifa'kan dengan 30 Juz dan ayat-ayat penyembuh menerusi al-Quran oleh Ustaz Fadzil Al-Yamani dan Pelajar-pelajarnya (www.addarain.com). InsyaAllah akan memberikan kesan yang terbaik untuk anak didalam kandungan.

Sebahagian daripada hasil akan di infaqkan bagi pembangunan madrasah.

**************

Kami memberikan JAMINAN 100% WANG DIKEMBALIKAN.

Jika anda tidak berpuas hati dengan produk kami atas apa jua sebab, kami akan kembalikan wang anda 100% tanpa soal. Kepuasan anda adalah matlamat kami.

klik disini untuk pembelian>> www.minyakkelapadara.com/tempahan/

atau cara SMS

Belian 1 set, sms < MKD79 > ke 011-1944 0057

Belain 2 set Jimat , sms < BUY2 > ke 011-1944 0057

Anda akan dapat respon automatik dari sistem kami.

**************
Ikhlas dari,
Minyak Kelapa Dara As-Syifa’
Pilihan Rawatan Alternatif Anda

Kami sedia membantu anda..

✎ private message : www.facebook.com/messages/minyakkelapadaradotcom
hotline : 6011-1944 0057
email : sales@minyakkelapadara.com
☛ website : www.minyakkelapadara.com

Penjagaan bersalin separuh hari



1. Pakej 1 minggu - rm1000

  • Urut setiap hari
  • Mandian ibu dan bayi setiap hari
  • Masak untuk ibu setiap hari
  • Tungku dan bengkungkan setiap hari
  • Basuh pakaian bayi setiap hari
  • Percuma scrub badan

     
2. Pakej 2 minggu - rm1660


  • Urut  7 hari
  • Mandian ibu dan bayi setiap hari
  • Masak untuk ibu setiap hari
  • Tungku dan bengkungkan setiap hari
  • Basuh pakaian bayi setiap hari
  • Percuma scrub badan
Pakej 3 minggu - rm2300

  • Urut 7 hari
  • Mandian ibu dan bayi setiap hari
  • Masak untuk ibu setiap hari
  • Tungku dan bengkungkan setiap hari
  • Basuh pakaian bayi setiap hari
  • Percuma scrub badan

              


MAKANAN PERLU ELAK KETIKA HAMIL

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Igauan selepas bersalin

Igauan selepas bersalin



Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh  semasa dalam proses rawatan bersalin. Ini bermakna walaupun anda hampir sihat namun kerana culas tentang penjagaan diri dalam tempoh itu akan menyebabkan kemungkinan sakit semula. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu mengalaminya pada penghujung atau selepas proses rawatan selepas bersalin.

Jenis-jenis bentan

·         Bentan Urat
Merujuk kepada keadaan badan yang lemah seperti demam, bisabisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot tegang dan kekejangan. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

·         Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit hingga mengakibatkan tumpah darah. Boleh berlaku jika si ibu mengangkat objek yang berat. Selain itu, tersepak ibu jari kaki atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

·         Bentan Urat Besar (Pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Selalunya, terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan berdingkit-dingkit.

Ketahui lebih lanjut mengenai bentan dalam sisipan Nona Edisi Hari Ibu Mei ini.

Merawat Rahim (peranakan) Jatuh



Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.  

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin. 

Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan