Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

MERAWAT LUKA SELEPAS BERSALIN



Menyembuhkan luka selepas bersalin

PDF Print E-mail
BAHAN-BAHAN:

Asam keping

Buah manjakani


CARA-CARA:

1.  Rebus asam keping bersama buah manjakani.

2. Gunakan air rebusan ini untuk membasuh alat sulit semasa di dalam pantang.
3. Anda dapat lihat hasilnya, luka peranakan akan cepat sembuh.


Cara lain meraway luka bersalin


Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  2. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.






    No comments:

    Post a Comment