Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

DEMAM SAWAN




Apakah Sawan Demam ? – Dr. Alya Hamzah

Sumber: www.locallyhealthy.co.uk
Sumber: www.locallyhealthy.co.uk
Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam.
Apakah  sawan demam?
Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukan disebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atau ketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor.
Siapa yang boleh mengalaiminya?
Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun.
Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak sawan?
Jangan panik !!
  • Sukar untuk dilakukan! Ini kerana melihat seseorang sawan memang boleh menjadikan kita bingung seketika
  • Namun cubalah sedaya upaya untuk tidak panik agar kita dapat bertindak dengan sewajarnya
Tempatkan anak–anak di kawasan yang selamat
  • Pastikan anak anda ditempatkan di kawasan yang selamat
  • Sebagai contoh, jauhkan dia daripada objek–objek yang mungkin boleh ditendang dengan tidak sengaja dan jatuh pula ke atas dirinya
 Letakkan anak anda dalam posisi mengiring disebelah kiri
  • Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak anak daripada tercekik sekiranya terdapat sesuatu di dalam mulutnya dan juga mengelakkan objek tersebut termasuk ke dalam rongga paru paru
  • Objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan daripada paru paru kiri jadi tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanan
  • Sekiranya anda dapat melihat sesuatu di dalam mulutnya dengan jelas, bolehlah cuba untuk mengeluarkannya dengan satu pergerakkan jari yang cepat ke dalam mulutnya, jika tidak berjaya, jangan cuba untuk menjolok jari anda atau meletakkan sebarang objek lain kedalam mulut anak yang sedang sawan
  • Jangan memaksa anak yang sedang sawan untuk minum air
Perhatikan “pattern” sawan dan tempohnya
  • Lazimnya sawan yang berlaku semasa sawan demam akan berhenti dalam beberapa minit
  • Setelah sawan itu berhenti bawalah anak anda ke klinik yang terhampir untuk penilaian
  • Sekiranya 5 minit telah berlalu dan sawan masih berterusan, teruslah membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor 
  • Memerhatikan sawan anak serta tempohnya dapat membantu doktor yang merawat dalam mendapatkan diagnosis yang tepat
  • Walaupun sawan demam tidak merbahaya, doktor perlu memastikan sawan tersebut bukanlah disebabkan masalah lain yang lebih serius seperti radang selaput otak, gula terlalu rendah di dalam badan atau masalah ketidakseimbangan metabolik yang lain
Bolehkah sawan demam berulang dan adakah ia akan melarat menjadi penyakit epilepsy?
Ya, sawan demam boleh berulang lagi. Antara faktor risiko termasuklah sejarah sawan demam dalam ahli keluarga yang lain dan umur kurang daripada 1 tahun sewaktu sawan demam yang pertama. Hampir separuh daripada kes sawan demam berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kejadian yang awal.
Sawan demam tidak menyebabkan epilepsy. Namun, data menunjukkan yang 2% hingga 7% daripada kanak–kanak ini kemudiannya disahkan mengalami epilepsy.
Dalam kes tersebut, kebanyakkannya telah pun mempunyai masalah lain seperti perkembangan yang lambat, masalah sistem saraf otak atau ahli keluarga yang menghidap epilepsy.
Bolehkah sawan demam dielakkan?
Tiada data yang menunjukkan penggunaan ubat demam atau ubat sawan boleh mengelakkan kejadian sawan demam. Namun ubat demam itu boleh membuat anak yang mengalami demam yang tinggi untuk merasa lebih selesa.
Apa yang penting untuk diketahui oleh ibu bapa adalah sawan demam itu suatu keadaan yang tidak serius dan mempunyai prognosis yang sangat baik terutama kepada kanak – kanak yang tidak mempunyai sebarang masalah perkembangan yang lewat atau penyakit sistem saraf otak.
Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah dan sedang dalam persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik. Beliau menegaskan bahawa perjalanan ke arah kesihatan yang baik adalah perlu diterajui bersama antara doktor dan pesakit. Kenali beliau lebih lanjut dalam lama The Team.

PENTINGNYA PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN AMAT PENTING

Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara b ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara tradisional tapi moden.

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum ais.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN AMAT PENTING BAGI MERAWAT SUPAYA
MASALAH RAHIM JATUH DAPAT DIELAKKAN

Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.

Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan.

LEMON DAN KHASIATNYA


Lemon panas membunuh sel cancer

2~3 irisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline yg bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi sesiapa saja

Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti cancer walaupun airnya pahit sedikit, menjadi ubat cancer yg ampuh dalam kedokteran modern

Air lemon sejuk hanya mengandung vit. C. Ibarat tomata, harus dimasak terlebih dahulu baru akan mengeluarkan Lycopene yang bermanfaat

Air lemon panas terbukti bolej menekan pembengkakan dan tumor, boleh membantu mengatasi segala jenis tumor

Lemon Extract boleh melemahkan sel cancer ganas tetapi tidak merosakkan sel normal

Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan vena, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah

RAHIM JATUH AKIBAT KURANG BERPANTANG


Kebanyakkan wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara b ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantan  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara tradisional tapi moden. 

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk dan lain-lain.

Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan..