Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

MANDI WAP HERBA


Rawatan mandi wap herba dan kelebihan-kelebihan nya:
  • Dapat melancarkan peredaran darah
  • Dapat menguruskan badan
  • memulihkan strok
  • Dapat membuang toksik-toksik dalam badan

VITAMIN E - VITA-E COMPLEX - SHAKLEE

Adakah anda mengambil Vit E dgn cukup setiap 

hari? Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu

 mengambil makanan berikut untuk

 sel-sel sihat melawan radikal bebas :


1kg biji gandum,500ml minyak


 safflower, 8kg bayam,500g badam. 


Banyakkan?


Dan untuk pengetahuan anda,sebiji


softgel vitamin E Shaklee

 bersamaan dengan 400IU..


So tak payahlah susah2 nak cari biji


gandum,miyak safflower,bayam dan

 badam.Juz amalkan memakan 1


 caps. vitamin E Shaklee sehari



Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli

 dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang

 melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, 

menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


.Vitamin E dipanggil Vitamin Cinta sebab kualiti hubungan suami isteri bertambah baik dan suami pun bertambah2 sayang dengan pengambilanya..Tak nak cuba?Vitamin E boleh dimakan oleh lelaki, perempuan, ibu2 menyusu, ibu2 berpantang.

Diantara kelebihan Vitamin E :-

* Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
* Kulit pun makin halus, gebu & licin
* Mengurangan jeragat, parut & jerawat
* Mengurangkan masalah berminyak dan kulit kering pada muka
* Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak utk awet muda
* Mengurangkan Sakit sendi
* Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
* Mengekalkan kecantikan rambut
* Mengekalkan masalah berkaitan dengan kanser
* Menigkatkan kesuburan
* Meningkantkan keinginan seksual
* Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semanga
t

Risiko-risiko kesan kekurangan vitamin E


  • Saluran darah merah menjadi keras
  •  Risiko kanser dan leukimia 
  • Stroke 
  • Serangan Jantung 
  • Diabetes (pada sesentengah keadaan)
  • Muka berkedut, timbul bintik-bintik pada kulit muka (freckles) & 'Age spots'
  • Ulser 'in burns or wounds' 
  • Rheumatoid arthritis
  • Pengurangan kolagen
  • Penyakit Kulit
  • Hepatitis
  • Radang buah pinggang 
  • Katarak (selaput mata) 
  • 'Sunburn' 
  •  IBU HAMIL - Mengurangkan risiko keguguran & baby lahir x cukup bulan

DAUN SIREH

KEGUNAAN DAUN SIREH
Tiada siapa dapat mempertikaikan kebaikan sireh. Penggunaan sireh boleh diguna pakai dari atas ke bawah, dari dalam ke luar, ketika dalam pantang. Mari kita sama2 korek apa rahsia daun yang seribu satu guna ini. ;)

1. Dicampur dengan garam kasar dan direbus, boleh menjadi air cebok bagi menjadi antiseptik dan pembunuh kuman untuk luka episiotomi. Dibuat berendam pada tempoh darah hampir kering untuk "menyedut" keluar lebihan darah jika masih ada yang tertinggal.

2. Dijadikan salah satu herba air mandian ibu dan anak.

3. Salah satu daun herba yang digunakan untuk menghilangkan migrain dengan jelum kulit kepala dengan campuran daun2 herba ini.

4. Mengelakkan rambut keguguran dengan menyapu minyak yang diramu dengan dauh herba sireh dan pelbagai daun herba yang lain.

5. Sebagai ubat barut. Dimasak dengan herba2 lain beserta asam jawa sebelum disapu keseliling perut sebelum berbengkung.

6. untuk puting tersumbat. Dilayur dan disental pada puting secara perlahan sehingga puting boleh mengeluarkan susu.

MAKANAN SEMASA BERPANTANG

Makanan ketika berpantang serta khasiatnya:

Ikan tenggiri, salmon, tuna, kacang walnut, biji labu, telur, minyak ikan, minyak flaxseed
  •   Mengurangkan risiko kemurungan selepas
    bersalin
  • Memperbaiki fungsi otak
  • Membantu membina sistem saraf bayi
Produk tenusu rendah lemak
  • Membekalkan vitamin B, vitamin D dan protein
Daging tanpa lemak, hati, daging kambing, kerang, tiram, biji bunga matahari, kekacang
  • Sumber penting untuk zat besi
  • Kekurangannya akan menyebabkan tahap tenaga rendah
  • Zat besi penting sebagai komponen sel darah merah
Buah-buahan – pengambilan dua atau lebih hidangan sehari
  • Buah dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries – mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi
  • Oren – mengandungi vitamin C yang tinggi
Sayur-sayuran - Brokoli dan bayam
  • Tinggi kandungan vitamin A – penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit
  • Mengandungi kalsium
  • Tinggi kandungan antioksida dan serat makanan
Air
  • Pilihan yang baik ialah air suling
  • Minum air secukupnya kerana dehidrasi (kekurangan cecair badan) adalah salah satu punca utama kepada kehilangan tenaga. Ianya boleh menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh

SENARAI MAKAN YANG BOLEH DI MAKAN / DI MASAK SEMASA BERPANTANG

  DAGING
BOLEH DIMAKAN



  • Burung puyuh
  • Burung merpati

  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

TIDAK BOLEH



  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.(TETAPI JANGAN BERLEBIHAN NANTI PARUT JADI KERAS)

Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 sm halia - ditumbuh
1 keping asam keping
Garam secekup rasa
Daun bawang dan daun sup - dihiris

Cara menyediakan:
1) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilang bau hanyir. Bilas dengan air bersih dan toskan.
2) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk (bawang putih, halia, bawang merah) hingga wangi. Masukkan ikan dan garam, asam keping. reneihkan seketika kemudian masukan air panas.
3) Apabila mendidih, masukan lada hitam dan serbuk perasa.
4) Taburkan daun bawang dan daun sup dan hidanngkan.

PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan
1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

1.Ikan tenggiri goreng halia
Bahan-bahannya :
  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4ch halia di hiris dan di goreng
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.
2.Ayam masak bijan
Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
  • 4cm halia tua - di hiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara membuatnya
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Ayam Kukus Cuka 
Bahan A (diperap sebelum dikukus)

8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B

3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:

Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.


Sup Tulang 

Bahan A

1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)

2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D

2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara:

Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.


Sup Sayur Campur

Bahan:

3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Rendang Hati Lembu

Bahan:

½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar):

10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.Kerabu pegaga

Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

simple kan...

kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah...
memang sedap.....
alamak..citer bab kerabu ni..nampak gaya kena cari pegaga lah ...
nak kerabu..nak kerabu..nak kerabuuuuuu

DAGING BAKAR
Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

IKAN KERING MASAK HALIA
Bahan-bahan
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]

Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
AYAM LADA HITAM 

Bahan-bahan:

3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas



_________________________________________________________________________














DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
menyembuhkan luka dalaman.


PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.

AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:
 
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

 
SUP AYAM

Bahan-bahan:
 
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
 
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.


ULAM PEGAGA

Cara menyediakan:
  a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.
Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.

Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.


SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan: 

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.


DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.


PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.


HARUAN BAKAR

Bahan & Cara menyediakan:

Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam.

Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.


Dipetik dari Cari

AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan:

3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas


BOJAH/CAMPAK2 (??)

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri/merah
bawang putih
kunyit hidup
lada hitam
santan pekat
asam keping
pegaga

Cara menyediakan:

Rebus bahan2 sampai kuah pekat. Hidangkan..


Dipetik dari Melayu.com

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan:

lada hitam
kunyit hidup
garam
bawang putih 1 ulas jer..
sikit cuka
garam

Cara menyediakan:

semua bahan dikisar dan gaulkan
simpan dan bila nak makan ....hidangkan


Dipetik dari Blog

IKAN HARUAN LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus:
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara menyediakan:

a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.


LAKSA, MEE DAN MEE HOON
Kenapa Makanan ini juga perlu dihindari  semasa berpantang? 

Apa yg buatkan dia sejuk. Dimana sejuk dia.
Selain laksa, bihun juga adalah tergolong dalam kategori keluarga yang sama.
Cuba kita kupas cara pembuatan laksa dan bihun ni.
Kedua2nya diperbuat dari beras. Beras still ok.
Lepas tu kedua2nya dimasak dan dilenyek dan di bentuk jadi laksa dan bihun. So still ok.
And then...laksa adn bihun ni dibiarkan kering. Ok lagi.
Lepas tu laksa dan bihun ni dimasak/direbus/direndam dalam kuah laksa atau sup atau digoreng jadi bihun goreng....Haa....part ni yg xok.

Kenapa? Sebab laksa dan bihun ni dah jadi seperti "nasi sejuk" Dimasak 2 kali. So kandungan angin ketika masak kali kedua sungguh TINGGI. X caya...korang cuba makan nasi sejuk yang dipanaskan banyak kali masa pantang