Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

AKIBAT & KESAN TIDAK BERPANTANG

RAHIM JATUH AKIBAT KURANG BERPANTANG 

Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara b ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantan  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, CARA berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara tradisional tapi moden.

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum ai

Apakah Akibat dan Kesan :

1) RAHIM JATUH / PROLAPSE 

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

2) GANGGUAN KENCING 

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

3) GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic FLOOR Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

4) SAKIT PINGANG : Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5) GANGGUAN KESIHATAN

Dalam KES Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin dan makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, bengkung, daun mandian, senang cerita barangan untuk berpantang, boleh jenguk dan 'LIkE' pages Facebook kami. 'URUT TRADISIONAL KAKMEK'