Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

PERIA dan khasiatnya

KHASIAT PERIA
PERIA nama saintifiknya, momordica charantia
rasanya  peria memang pahit....memang ramai x gemar makan peria....sebab kepahitannya...
tetapi... disebalik kepahitannya tu ada pel bagai khasiat..
di antaranya ialah... 
 mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium....
peria  bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak..

air rebusan peria  boleh menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang..
bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi....

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

 Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

 Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.


1. Segelas jus peria yang ditambah sedikit jus lemon,jika diminum semasa perut kosong boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh dan juga memberi kesan kepada kesihatan kulit.
2. Digunakan untuk mencuci darah.
3.Membantu meningkatkan paras gula dalam darah.
4.Mengekalkan sistem penghadaman yang baik.Mengelakkan dari sembelit dan buasir.
5. Mengandungi insulin dan baik untuk hati.
6. Membantu mengawal aras kolestrol dalam darah dan hati.
7. Meningkatkan sistem imun badan.
8. Bertindak sebagai penyahtoksin.
9. Sumber yang kaya dengan Vitamin B, Kalsium,Kalium dan lain-lain.
10. Kepahitan sangat membantu dalam mengeluarkan cacing dalam badan.

  • @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  • PERIA GORENG

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis
cara-cara memasaknya
  • Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  • Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  • Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  • Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  • Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


PERIA GORENG PEDAS


Bahan-bahan:- 
Peria
Udang
Ikan bilis - blend
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Cili boh/cili mesin
Sos tiram
Garam(kalau perlu)


Cara-cara:
  • Potong peria dan rendam dalam air garam lebih kurang satu jam sebelum masak(untuk hilangkan pahit). Sebiji peria boleh pakai garam lebih kurang 2 sudu besar. Lepas sejam dua, basuh dan toskan peria tu.
  • Goreng udang dengan sedikit minyak sampai setengah masak dan ketepikan.
  • Tumis bahan-bahan yang diblend sampai wangi, kemudian masukkan cili boh 2-3 sudu besar dan tumis lagi sampai cili boh tu masak. Masukkan peria, sos tiram dan goreng sampai peria masak dan layu. Kalau makin kering tambah air dan goreng lagi sampai cukup layu. In my case, tak pakai garam pun sebab dah cukup masin from te oyster sauce dan peria tu pun dah direndam dalam air garam kan.
  • Masukkan udang yang digoreng tadi dan kacau sebati.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


PERIA MASAK LEMAK DENGAN IKAN TENGGIRI


Bahan-bahan:-4 keping isi ikan tenggiri2 cawan santan - buat santan cair1 cawan santan pekatKunyit hidup - blend halus2 keping asam gelugur/asam keping30 biji cili padi(kitorang makan pedas) - blend halus2-3 tangkai serai - diketukDaun kunyit - carikkkanPeria - potong lebar dan rebus dengan air garam sampai lembutGram
Cara-cara:-
  • Lumur ikan tenggiri dengan garam yang banyak, tabur garam sampai tutup semua bahagian ikan masin. Letak BANYAK-BANYAK garam ok jangan takut. Simpan dalam fridge semalaman, bila nak masak keesokkan hari baru keluarkan dan basuh untuk buang garam yang lekat pada ikan tu.
  • Masukkan cili padi dan kunyit yang sudah diblend, santan cair, serai, garam, asam gelugur/asam keping dan daun kunyit dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau. Garam jangan banyak sangat, ikan tu dah masin.
  • Bila mendidih masukkan ikan tenggiri masin, dan masak lagi sampai mendidih. Bila mendidih/ikan dah masak masukkan santan pekat. Sentiasa kacau sampai mendidih lagi sekali. Dekat nak mendidih masukkan peria yang dah direbus. Bila mendidih boleh tutup api.