Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

IGAUAN SELEPAS BERSALIN

Igauan selepas bersalin



Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh  semasa dalam proses rawatan bersalin. Ini bermakna walaupun anda hampir sihat namun kerana culas tentang penjagaan diri dalam tempoh itu akan menyebabkan kemungkinan sakit semula. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu mengalaminya pada penghujung atau selepas proses rawatan selepas bersalin.

Jenis-jenis bentan

·   Bentan Urat
Merujuk kepada keadaan badan yang lemah seperti demam, bisabisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot tegang dan kekejangan. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

·    Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit hingga mengakibatkan tumpah darah. Boleh berlaku jika si ibu mengangkat objek yang berat. Selain itu, tersepak ibu jari kaki atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

·    Bentan Urat Besar (Pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Selalunya, terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan berdingkit-dingkit.

Ketahui lebih lanjut mengenai bentan dalam sisipan Nona Edisi Hari Ibu Mei ini.

No comments:

Post a Comment