Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

Puding Roti & Sos Vanilla Kastard

Puding Roti & Sos Vanilla Kastard

Bahan utama:
10keping roti Gardenia (atau apa2 jenis roti)
Butter (untuk sapu pada permukaan roti & permukaan loyang pembakar)

Cara:
Sapukan butter pada permukaan loyang. Kemudian sapu butter pada permukaan roti. Potong roti kepada saiz kecil (bentuk- ikut suka). Susun potongan roti kedalam loyang. Ketepikan.

Bahan rendam roti:
4biji telur (saiz sederhana)
5sudu besar gula pasir
800ml susu segar
2sudu kecil esen vanila
3sudu besar tepung jagung
Secawan kismis

Cara:
1. Kacau telur dalam bekas yg sesuai. Masukkan gula. Kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan susu segar, esen vanila tepung jagung & kismis. Kacau hingga sekata.
2. Tuangkan dalam loyang roti. Biar roti terendam selama 30minit. 3. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180° selama 30minit.
(Suhu & masa mesti bergantung kepada keadaan oven anda). Untuk tahu puding roti betul-betul masak, tunggu warna permukaan atas roti naik tinggi & jadi perang keemasan. Cucuk dengan lidi pastikan bahagian dalam puding masak sempurna.

Bahan sos vanila kastard:
1tin susu cair
1sudu besar esen vanila
2sudu besar tepung kastard
2sudu besar gula pasir
Secubit garam

Cara:
Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau hingga gula & tepung kastard larut. Kemudian, masak atas api sederhana. Kacau sentiasa guna senduk kayu sehingga sos menjadi sedikit likat. Siap.

No comments:

Post a Comment