Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

BAHAYA KENTUT RAHIM

BAHAYA KENTUT RAHIM PADA WANITA YANG RAMAI TIDAK AMBIL TAHU..

Jom kenali bahaya kentut rahim :

Sejak akhir-akhir ini, saya mendapati ramai kaum ibu yang mengutarakan persoalan tentang Kentut Rahim. Kentut rahim? Bagi mereka yang belum pernah mengalaminya, mungkin anda akan ketawa ketika membaca artikel ini dan memikirkan bahawa perkara ini adalah suatu yang remeh sahaja. Tetapi, bagi wanita (biasanya yang sudah berkahwin dan melahirkan anak), masalah ini pastinya pernah menimpa anda. Hanya ketika ianya berlaku, barulah anda risau dan cuba mencari Cara Mengatasi Masalah Kentut rahim ini.
Saya suka sekali untuk berkongsi dengan anda di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya penyebab dan punca kentut rahim ini serta cara untuk mengatasinya. Malu sungguh jika ianya berlaku terutamanya apabila suami sedang berada berhampiran anda bukan?

Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Apakah Sebenarnya Kentut rahim ini?

Kentut rahim atau ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut rahim ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam rahim. Angin atau udara dalam rahim adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam farajj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Masalah kentut rahim ini perlu dicegah seawal mungkin kerana ia adalah petanda awal menunjukkan rahim anda mulai TIDAK SIHAT. Ini kerana OTOT-OTOT di sekitar farajj mulai LEMAH dan menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti seperti ketika berjalan,bersukan dan sebagainya.Udara di persekitaran kita membawa pelbagai jenis microorganisma (KULAT,KUMAN) dan apabila ia masuk ke dalam rahim anda sebenarnya telah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit rahim yang lain. ini boleh dikesan melalui bau pada kentut rahim anda. Kentut rahim kebiasaannya tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut rahim anda itu BERBAU, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma (KULAT,KUMAN) yang menyebabkan ianya berbau. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus. Antara kesan yg mungkin terjadi jika ada mengabaikannya masalah kentut rahim ini :

* Jangkitan mikroorganism
* Rahim kurang sensitif
* Tahap Klimakss lemah dan lambat
* Rahim kekeringan
* Rahim menjadi semakin longgar
* Kurang bernafsu
* Rahim berbau
* Keputihan
* Kegatalan
* Tisu rahim semakin rosak
* Rahim kurang sensitif
* Otot rahim menjadi lemah
* Rahim kekeringan

Ada juga pendapat yang mengaitkan kentut faraj ini dengan pembatalan wudhuk kerana bersandarkan pada hadis dibawah :

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wudhuknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari

Namun pun begitu ada juga pendapat yang mengatakan TIDAK BATAL wudhuk seorang wanita itu jika keluar angin dari faraj kerana angin yang keluar itu adalah angin dari luar yang masuk ke dalam rahim dan bukannya angin dari usus dalaman. Walahuaklam, Perkara ini perlu dirujuk kepada yang lebih Arif dalam bidang ini. Tetapi bagi saya sendiri,adalah lebih baik kita mengambil langkah berjaga2 kerana ia melibatkan amalan solat harian kita.

Jika anda telah membaca artikel ini sehingga sampai ke sini, saya 100% pasti anda salah seorang yang mengalami masalah kentut rahim ini. Jadi cuba anda tanya diri anda sendiri, pernahkah anda mengambil langkah pencegahan untuk merawat masalah ini? Ataupun anda hanya berdiam diri dan mengharap ia sembuh dengan sendirinya. Ia sangat MUSTAHIL! kerana masalah ini tidak akan pulih dgn sendirinya. Anda mungkin mampu ketawa dan mengabaikan artikel ini. Tapi anda harus ingat peluang untuk berubah berada pada diri anda sendiri.


No comments:

Post a Comment