Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

PENTINGNYA PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN AMAT PENTING

Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara b ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara tradisional tapi moden.

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum ais.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN AMAT PENTING BAGI MERAWAT SUPAYA
MASALAH RAHIM JATUH DAPAT DIELAKKAN

Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.

Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan.

No comments:

Post a Comment