Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

Daun Sireh China dan khasiatnya

Pastinya sering kali kita terlihat pokok ini selalu tumbuh di kawasan sekitar rumah dan akan mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.Namun tahukah anda pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dalam bidang perubatan ?

Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.


Disini kami akan kongsikan khasiatnya.

Merawat Gout
penawar sakit sendi dan perut
jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
cirit-birit
batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
selsema
jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis

Daun Sirih Cina Mencegah Darah Tinggi
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut.

Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.

Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.

Pokok ini dengan nama saintifiknya Gynura Procumbeus ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.

Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.

Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.

Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.

Amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. In shaa Allah anda akan merasai kesan positifnya.

Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.

2 comments:

  1. Mengapa di perenggan akhir nama pokok ditukar dari sireh cina kepada sambung nyawa ?
    Mana satu yg betul ?
    KhairuddinMA.

    ReplyDelete
  2. Mengapa di perenggan akhir nama pokok ditukar dari sireh cina kepada sambung nyawa ?
    Mana satu yg betul ?
    KhairuddinMA.

    ReplyDelete