Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

PERANAKAN JATUH

WANITA BRISIKO MENGALAMI MASALAH 
PERANAKAN JATUH 



--- Wanita yg sudah menopous

--- Wanita yang sudah melahirkan anak, trutama mereka yang melahirkan anak yang besar / melahirkn bayi secara instrumental ( forceps / vacuum )

--- wanita yang ramai anak

--- wanita yang ada masalah perubatan sindrom marfan / ehlers danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan krgnya sokongan pada kedudukan rahim.

--- wanita yang berat badan berlebihan

--- wanita yang mengalami masalah batuk / sembelit kronik / ada ketumbuhan besar dalam abdomen
--- wanita yang sering lakukan kerja berat


PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN AMAT PENTING BAGI MERAWAT SUPAYA
MASALAH RAHIM JATUH DAPAT DIELAKKAN

Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.  

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin. 

Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan. 

1 comment:

  1. Assalam ,

    Saya ingin bertanyakan apakah pantang bagi wanita jika baru lepas urut peranakan jatuh ?
    Contoh dari segi pemakanan dan aktiviti harian .. tolong jelaskan dan emailkan kepada saya megatshah2013@gmail.com.

    Terima kasih.

    ReplyDelete