Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

TAT KEJU BLUEBERRY

Bahan Pastri:

300 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
180 gm gula aising
1 biji telur
Bahan-bahan Inti Keju:
250 gm keju krim
40 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
3 sudu besar krim putar (jika suka)
250 gm blueberry dalam tin
Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising.
2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi.
5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh.
8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi.
9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment