Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 013 698 3686 (Kakmek)

Alamat: No.299, Jalan 10, Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

diet sihat


Kerabu Buah-buah


Bahan-bahan:
2 biji buah kedondong
2 biji epal hijau
4 ulas nangka masak
Sedikit potongan buah tembikai
Sedikit buah jambu air
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili sos
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Semua buah-buahan dihiris halus.
2. Masukkan gula, sos cili dan sedikit garam.
3. Gaul rata kesemua bahan.
4. Biarkan selama lima minit.

5. Bolehlah dihidangkan.


KEREDOK
Keredok
BAHAN-BAHAN:
Daun kemangi ataupun selasih
Terung ulam (bulat)
Kubis (hiris)
Tauge 
Kacang panjang (potong 1/2 cm)
Timun (potong dadu)
100 ml air + 1/2 sudu besar asam jawa
Limau nipis

BAHAN BUMBU:
100 gm  kacang tanah (goreng)
1 ulas  bawang putih
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 sudu kecil belacan 
4 cm kencur 
Garam
2 sudu besar gula merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Semua bahan bumbu ditumbuk lumat. Kacang tanah ditumbuk kasar.
2. Kemudian satukan dengana air asam jawa dan gula merah.
3. Perahkan sedikir air limau nipis.
4. Campurkan kesemua sayuran.

Kerabu Sotong

BAHAN-BAHAN:

200 gm sotong putih (potong panjang)
Kerabu Sotong100 gm kacang panjang (hiris halus)
2 tangkai cili merah (hiris halus)
4 tangkai cili padi (hiris halus)
5 ulas bawang kecil (hiris halus)
20 gm daun pegaga (hiris halus)
1 sudu besar kerisik
Garam dan lada sulah
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis (perah)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.
3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.

SOMTAM

Somtam

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
4 tangkai kacang panjang
30 gm kubis
10 gm kacang tanah
3 biji tomato ceri
20 gm udang kering (tumbuk)
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.
3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.
4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.



No comments:

Post a Comment