Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

KEBAIKAN RAWATAN BEKAM


Bekam dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik. Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Dari Ibnu 'Abbas r.a dari Nabi SAW  "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal iaitu berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu." (Shahih Bukhari)

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah sehingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer. Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar.

Apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup.

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok.

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar

Punca Toksin

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin berkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.

Buah Pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.

Apabila seseorang itu mengalami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.


BEKAM UNTUK PESAKIT KRONIK

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Pendapat itu tidak benar, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana .kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.


Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya.

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul.

Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.

ANTARA 27 KEBAIKAN BERBEKAM UNTUK LELAKI DAN WANITA :

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kenjang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah, magrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya mentruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal,sciatica (rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis (pengapuran pembuluh darah/ kolestrol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
12) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermafaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
16) Membantu menghilangkan pening dan magrain.
17) Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18) membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19) Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20) Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21) Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22) Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23) Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24) Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25) Hilangkan stress dan tekanan.
26) Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW
27) Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.




RAWATAN BEKAM KAKMEK SPA


Spa kami ada menyediakan rawatan bekam, harga seperti berikut :-

BEKAM (Angin/Darah) - RM5.00/Cup

15 Cup (Bekam Angin & Darah) -  RM60.00

25 Cup (Bekam Angin&Darah) - RM100.00

15 Cup (Bekam Angin&Darah) + Urut Tradisional 
HANYA RM100.00 SAHAJA!!!

Tiada caj tersembunyi..


CEPAT BUAT TEMUJANJI SEKARANG!! 

call/whatsapp 013 698 3686 Kakmek / 011 3460 1255 (whatsapp)

atau boleh call/whatsapp 017 685 2409 En.Zul

Alamat : No.299 Jalan Jasmin 10, Taman Jasmin, 43000 Kajang, Selangor.

No comments:

Post a Comment