600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari - kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya
Cara Memasak :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.
Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.
KUIH SIPUT PEDAS
.Bahan-Bahan :
1 kg tepung gandum
2 sudu teh jintan manis
2 biji telur gred A - dipecahkan
200 gm udang kering-dikisar
15 biji cili kering-dikisar @ ikut kepedasan masing2
3 sudu besar mentega - dicairkan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk besar kecuali mentega dan daun kari.Gaulkan hingga semuanya sebati.
2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan tadi,uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
4. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat2 lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
6. Masukkan kuih siput yang telah siap digentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
8. Selamat mencuba!
KUIH ROS (KUIH GOYANG)
Bahan-Bahan :
4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat campur 2 cawan air
1 biji telur
Cara-cara Menyediakan:
1. Satukan semua bahan2 dalam bekas dan kacau guna whisk tangan supaya tak bergentil dan perap 1/2 jam
2. Panas kan minyak dan acuan
3. Apabila acuan dah panas celupkan dalam adunan
4. Goreng dalam minyak panas tadi
5. Biar kan sebentar baru keluarkan dari acuan
6. Panaskan lagi acuan dan buat sampai habis
7. Masa goreng api kecil jer ya kalau besar nanti cepat hangus
No comments:
Post a Comment