Masalah kawalan air kencing yang boleh dialami oleh kebanyakan wanita walaupun anda adalah seorang yang aktif dan gemar bersukan. Lazimnya, wanita berusia sekitar 40 tahun dan ke atas mengalami permasalahan ini.
Para atlit atau aerobic yang melakukan senaman ‘high impact’ turut sering dihantui masalah kawalan air kencing. Ini kerana senaman yang dilakukan membantu menguatkan otot-otot di tubuh dan anggota kaki serta tangan. Malangnya, otot pelvik tidak disenamkan hingga membuatkan ia menjadi lemah.
Jika anda mengalami masalah ini, apa yang boleh dipraktikkan adalah dengan melakukan senaman Kegel. Senaman ini boleh dibuat di mana-mana sahaja setelah anda memahami cara untuk melakukannya. Anda Cuma perlu mengemut bahagian kemaluan seolah-olah menahan air kencing daripada keluar.
Inilah cara mudah untuk melakukan senaman Kegel. Lakukan selama 30 kemutan sehari dan tambah bilangan kemutan setiap minggu. Misalnya dari 30 tambah ke 40 kemutan sehari dan seterusnya. Otot pelvik yang kuat dapat menghalang anda daripada mengalami masalah ‘terkencing’ ini. Jika senaman Kegel gagal membantu, anda perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar sakit puan yang berhampiran.

No comments:
Post a Comment