KEGUNAAN DAUN SIREH
Tiada siapa dapat mempertikaikan kebaikan sireh. Penggunaan sireh boleh diguna pakai dari atas ke bawah, dari dalam ke luar, ketika dalam pantang. Mari kita sama2 korek apa rahsia daun yang seribu satu guna ini. ;)1. Dicampur dengan garam kasar dan direbus, boleh menjadi air cebok bagi menjadi antiseptik dan pembunuh kuman untuk luka episiotomi. Dibuat berendam pada tempoh darah hampir kering untuk "menyedut" keluar lebihan darah jika masih ada yang tertinggal.
2. Dijadikan salah satu herba air mandian ibu dan anak.
3. Salah satu daun herba yang digunakan untuk menghilangkan migrain dengan jelum kulit kepala dengan campuran daun2 herba ini.
4. Mengelakkan rambut keguguran dengan menyapu minyak yang diramu dengan dauh herba sireh dan pelbagai daun herba yang lain.
5. Sebagai ubat barut. Dimasak dengan herba2 lain beserta asam jawa sebelum disapu keseliling perut sebelum berbengkung.
6. untuk puting tersumbat. Dilayur dan disental pada puting secara perlahan sehingga puting boleh mengeluarkan susu.
No comments:
Post a Comment