Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

MENU DIET - KERABU BUAHAN


Kerabu Buah-buah


Bahan-bahan:
2 biji buah kedondong
2 biji epal hijau
4 ulas nangka masak
Sedikit potongan buah tembikai
Sedikit buah jambu air
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili sos
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Semua buah-buahan dihiris halus.
2. Masukkan gula, sos cili dan sedikit garam.
3. Gaul rata kesemua bahan.
4. Biarkan selama lima minit.
5. Bolehlah dihidangkan.

VIVIX SHAKLEE - RAHSIA AWET MUDA

 BUKTI  PENGUNAAN VIVIX PRODUK SHAKLEE SAHABAT SAYA BERBAJU HIJAU MENYAMBUT HARI KELAHIRAN  ULANGTAHUN KE 70 KELIHATAN LEBIH MUDA DARI SAYA YANG BERUMUR 50 TAHUN
























Vivix™


A Revolutionary Breakthrough from Shaklee

Vivix™ Botanical Beverage Mix is a revolutionary breakthrough in polyphenol nutrition.

Vivix™ contains a unique botanical blend of Polygonum Cuspidatum, Muscadine grape, European Elderberry and Purple Carrot which are rich in polyphenols. Polyphenols are a group of phytochemicals that are plant-derived compounds with antioxidant and cellular aging benefits.



All natural. Patent-pending. Clinically tested key ingredients. Exclusive to Shaklee.
Product Code
10320 (150ml)

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka




Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka

Pilihan 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
    
Pilihan 2: Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkannya 2 kali seminggu.
     
Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 4: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka anda. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7: Setiap kali anda mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8: Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 atau 3 kali seminggu.

PETUA SENTIASA DARA



Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara 

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38


:ayat (56.35) 
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

ayat 56.36) 

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

ayat (56.37)

 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

 ayat(56.38)

 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.


SABUN DARA

Sabun pencuci bahagian intim dan bpoleh juga digunakan untuk membersihkan muka. Sabun diperbuat dari buah pinang muda

Khasiatnya: -
- menyerap lendir berlebihan
- mengetatkan vagina
- membasmi kuman-kuman dalam bahagian vagina
- menghilangkan bau bahagian intim yang kurang enak.
- menghilangkan bau peluh
- boleh juga digunakan untuk merawat kulit yang gatal-gatal,ruam,  kudis dan kayap
- membantu menghilangkan hitam-hitam dicelah paha sekiranya digunakan secara berterusan

Cara-caranya: -
1. Bersihkan tangan kemudian oleskan sabun ini diatas tapak tangan dan sediakan buih2. Buih2 ini boleh digunakan untuk mencuci bhagian vagina, membersihkan muka dan di kawasan kulit bermasalah lain seperti ketiak, dan kulit yang berpenyakit.

2. Mengetatkan Vagina -  buih2 sabun ini boleh dimasukan ke dalam Vagina dan dibiarkan buih2 berada di dalamnya sehingga tempoh pembersihan seterusnya.(Vagina dibersihkan terlebih dahulu).

3. Masker muka - buih2 sabun ini boleh diletakkan diwajah selepas wajah dibersihkan dan boleh dibiarkan semamalam. Boleh merawat jeragat

SELAMAT MENCUBA. IN SYA ALLAH PASTI ANDA TIDAK KECEWA.....

HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN PRODUK :  KAKMEK -  013 6983686 





KELAHIRAN - Ganjaran dari Allah

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.



BERSALIN - GANJARAN DARI ALLAH UNTUK KAUM WANITA


1.  Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


BERSALIN 


5 cara pendekkan proses bersalin

1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenagan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.

Zikir mustajab

surah Muzamir ayat 9
73:9


Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.


surah al mulk ayat 1

67:1




Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;