Kakmek Spa info @ contact

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-

Mobile Number: 0136983686 (Kakmek)

Alamat: Taman Jasmin, Kajang, Selangor.

Email: kakmekspa@yahoo.com

Blogger: kakmekurut.blogspot.com

Puding Roti & Sos Vanilla Kastard

Puding Roti & Sos Vanilla Kastard

Bahan utama:
10keping roti Gardenia (atau apa2 jenis roti)
Butter (untuk sapu pada permukaan roti & permukaan loyang pembakar)

Cara:
Sapukan butter pada permukaan loyang. Kemudian sapu butter pada permukaan roti. Potong roti kepada saiz kecil (bentuk- ikut suka). Susun potongan roti kedalam loyang. Ketepikan.

Bahan rendam roti:
4biji telur (saiz sederhana)
5sudu besar gula pasir
800ml susu segar
2sudu kecil esen vanila
3sudu besar tepung jagung
Secawan kismis

Cara:
1. Kacau telur dalam bekas yg sesuai. Masukkan gula. Kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan susu segar, esen vanila tepung jagung & kismis. Kacau hingga sekata.
2. Tuangkan dalam loyang roti. Biar roti terendam selama 30minit. 3. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180° selama 30minit.
(Suhu & masa mesti bergantung kepada keadaan oven anda). Untuk tahu puding roti betul-betul masak, tunggu warna permukaan atas roti naik tinggi & jadi perang keemasan. Cucuk dengan lidi pastikan bahagian dalam puding masak sempurna.

Bahan sos vanila kastard:
1tin susu cair
1sudu besar esen vanila
2sudu besar tepung kastard
2sudu besar gula pasir
Secubit garam

Cara:
Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau hingga gula & tepung kastard larut. Kemudian, masak atas api sederhana. Kacau sentiasa guna senduk kayu sehingga sos menjadi sedikit likat. Siap.

SAKIT KEPALA - RAWATAN ISLAM

PETUA RAWATAN ISLAM

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)


5. Baca Surah An-Nas (1kali)


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

P/S: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

URUT BERSALIN DAN PENJAGAAN 1/2 HARI

URUT BERSALIN DAN PENJAGAAN 1/2 HARI

1. URUT BERSALIN

1.1  - PAKEJ  3 HARI - RM330

         Urut, tungku dan bengkungkan serta mandikan baby (mandikan, urut dan tuam bayi)

1.2  - PAKEJ 7 HARI - RM750

          Urut, tungku dan bengkungkan serta mandikan baby (mandikan, urut dan tuam baby)

          # caj pengangkutan mengikut jarak tempat pelanggan


2. PENJAGAAN BERSALIN 1/2 HARI

2.1. Pakej 1 minggu - rm1000

  • Urut setiap hari
  • Mandian ibu dan bayi setiap hari
  • Masak untuk ibu setiap hari
  • Tungku dan bengkungkan setiap hari
  • Urut dan tuam bayi setiap hari
  • Percuma scrub badan
 
2. 2. Pakej 2 minggu - rm1900

  • Urut 14 hari
  • Mandian ibu dan bayi setiap hari
  • Masak untuk ibu setiap hari
  • Tungku dan bengkungkan setiap hari
  • Urut dan tuam bayi setiap hari
  • Percuma scrub badan
Caj pengangkutan mengikut jarak tempat







BAWANG GORENG RANGUP HOMEMADE

BAWANG GORENG RANGUP HOMEMADE

Bahan:
Bawang merah
Tepung jagung + Tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Cara;
Hiris bawang..gaul dgn dua2 tepung..boleh guna bekas lubang untuk buang lebihan tepung. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat.

Sedap makan saja@masuk dalam sup..

ALFAFA


BAWANG PUTIH - KHASIATNYA

BAWANG PUTIH - KHASIATNYA

Bawang putih telah dimanfaatkan sebagai bahan perapan dan ubat-ubatan sejak beribu-ribu tahun lalu. Bahkan bawang putih termasuk dalam banyak budaya sebagai penangkal roh jahat atau kesialan. Walau kenyataannya tidaklah begitu, namun bawang putih memang menyimpan manfaat ajaib bagi kesihatan.

Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah, lalu dibawa ke berbagai penjuru dunia. Menurut laman web World “s Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Tidak hanya Mesir, masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan.

Bawang putih boleh dikenali dengan mudah dari bentuknya dan kulitnya seperti kertas putih tipis dengan bau yang menyengat. Sekalipun banyak jenisnya, namun boleh dikatakan manfaatnya sama saja. Bawang putih boleh diambil dalam pelbagai bentuk, seperti yang secara mentah, kering, ekstraknya, serbuk, minyak bawang putih, hingga dalam bentuk tablet atau kapsul.

1. Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.

2. Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.

3. Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.

4. Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darahdan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus. Mereka yang mengambil insulintidak harus mengambil ubatan bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.

5. Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat seperti seriawan (thrush). Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.

6. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.

7. Kemanafaatan bawang putih didapati ada bersangkutpaut dengan memerangi dan mencegah selesema biasa.  Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanafaat untuk selsema. Mengambil bawang putih mentah bila selsema, dapat mengurangkanjangkitan dan membantu melawan selsema.

Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat

Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat 

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. 

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. 

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon 
1 cawan jus halia 
1 cawan jus bawang putih 
1 cawan cuka epal 

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. 

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.



DARA 2 SEBILIK



Bahan2 nya
1 cawan tepung beras 
2 cawan santan + sikit garam 

Daun pisang 

intinya

1/2 biji kelapa muda parut 
1 ketul gula melaka 
1 s/b gula 
1 s/b tepung gandum 
4 s/b air 
1 helai daun pandan 
tepung pulut+air secukupnya untuk jadikan doh untuk bungkus inti

cara membuatnya: - 
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering. 
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan. 
3. Jadikan inti bebola kecil. Bungkus dengan doh tepung pulut. Ketepikan dahulu. 
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat. 
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan. 
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti. 
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit. 
8. Sejukkan dan hidangkan.

BUAH PINGGANG - TIPS PENJAGAAN

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG 
- JAMAL ALI ( KKM SG BULOH )

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

ADMIN MEMILIKI KAEDAH TERSENDIRI DALAM MENJAGA DAN MERAWAT SISTEM ORGAN DALAMAN HANYA MENGGUNAKAN MEDIUM AIR YG KITA MINUM SETIAP HARI..
HANYA SEKADAR MENADAHKAN AIR ITU TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIMINUM..
INSYAA ALLAH, AKAN MENJADI PENAWAR BG 1001 PENYAKIT ROHANI DAN JASMANI.
SILLAH LAYARI SEKETIKA LAMAN INI.


Sekiranya air dituang ke dalam mangkuk yg telah ditulis dengan berbagai bagai jenis Surah Al Quran lalu disimpan dan diminum, InsyaAllah, ia akan jadi penawar bg penyakit hati, boleh mengubat 1001 jenis2 penyakit, penerang hati, cergas dan tajam akal pemikiran, mudah menghafal Quran, menyingkirkan sifat2 mazmumah yg bersarang di hati dan berbagai2 lagi..



11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

1) Kerap tahan kencing

2) Kurang minum air

3) Suka makan makanan masin

4) Suka minum minuman bergas.

5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)

7) Kerap makan Pil Tahan Sakit

8 ) Merokok

9) Obesiti

10) Alkohol

11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal